Bersama pemenang pingat EMAS, Zon Utara

ACARA badminton berpasukan yang melabuhkan tirainya semalam mencetus satu fenomenia yang tampak luar biasa. Ia mengambil kira keupayaan pasukan tuan rumah iaitu kontinjen Zon Utara (Miri, Limbang & Bintulu) yang berjaya meraih pingat emas.

Sekali gus, mengekalkan penguasaan hebat dalam acara sukan bulu tangkis berkenaan buat kali kedua berturut-turut selepas kecemerlangan sama dipamerkan pada Suksar I 2017.

Mencatat semua tiga kemenangan, mengatasi pencabar terdekat iaitu kontinjen Zon Selatan (Kuching, Samarahan & Serian) selaku pemenang pingat perakdengan dua kemenangan berbanding sekali kalah.

Pemenang Pngat Perak - Zon Selatan

Pingat gangsa milik milik kontinjen Zon Barat (Sarikei, Betong & Sri Aman) yang hanya mencatat sekali kemenangan dari tiga perlawanan dilalui.

Pemenang Pingat Gangsa - Zon Barat 

Acara badminton yang dipertandingkan dengan format ‘round robin’ bermula 10 Disember lalu.

Majlis penyampaian disempurnakan Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Snowdan Lawan selain turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Sukan Sarawak, Dr Ong Kong Swee.

“Cukup gembira dengan kejayaan diperolehi pemain yang sekali gus memastikan kontinjen Zon Utara (Miri, Limbang & Bintulu) mengekalkan penguasaan pingat emas buat kali kedua berturut-turut,” ujar ketua jurulatih, Icwan Syah ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah.

Sumber : Utusan Sarawak  Oleh: Faizal Bujang & Awang Kushairy