KELIBAT badang tuan rumah, Zon Utara (Miri, Limbang & Bintulu) - Alexsander Yong Bala Rebecca Bala mencuri tumpuan apabila berjaya meraih dua pingat emas acara angkat berat pada temasya Sukan Sarawak (SUKSAR) II Miri 2019.

Emas pertama diperolehi menerusi kategori Snacth Lelaki (77 kilogram) dengan catatan terbaik diperolehi pada acara akhir petang semalam ialah 80 kilogram.

Di samping satu lagi pingat emas diperolehi dari kategori Clean & Jerk Lelaki (77 kg) dengan catatan angkatan terbaik dilakukannya 95 kilogram.

“Gembira kerana dapat menyumbang dua emas buat pasukan, dan ia hadiah paling bermakna sekali,” ujar pelajar Sekolah Menengah St. Columba Miri itu ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah di Dewan Perkampungan Sukan Petronas semalam.

Menurut Alexsander, ia merupakan penampilan pertama beliau dalam kejohanan terbabit

Beliau akui, sedikit gementar apabila berdepan dengan atlet lain dari beberapa pasukan namun berjaya mengatasi situasi tersebut.

Sumber: Utusan Sarawak  Oleh: Faizal Bujang