TEMASYA Sukan Sarawak (SUKSAR) III 2023 akan berlangsung di Sibu bermula dari 15 hingga 18 Januari 2024. Ia sekali gus menyaksikan pemburuan juara melibatkan pasukan yang mewakili zon berbeza. Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman HAmzah berkata, empat kontigen mewakili zon berbeza merangkumi Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian (Zon Selatan), Bahagian Sri Aman, Betong dan Sarikei (Zon Barat), manakala Zon Tengah diwakili Bahagian Sibu, Mukah dan Kapit. Zon Utara gabungan tiga bahagian iaitu Bintulu, Miri dan Limbang. "Sebanyak 13 acara sukan dipertandingkan sepanjang empat hari kejohanan iaitu berlangsung melibatkan 1,365 atlit"katanya pada isdang media semalam. Menurutnya antara sukan yang dipertandingkan merangkumi angkat berat, berbasikal, bola keranjang, bola tampar, futsal, hoki, judo, karate, pencak silat, sepak takraw, tinju, taekwando dan wushu. Beliau berkata, atlet terlibat dalam sukan tersebut berusia 21 tahun ke bawah. "Atlet yang bertanding terdiri daripada mereka yang tidak pernah memenangi pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) selain tidak terlibat dalam program pelapis kebangsaan". ujarnya. Dalam pada itu, katanya, megikut jadual asal SUKSAR III 2023, ia sepatutnya berlangsung tahun ini. Oleh kerana pertembungan masa tarikh yang tidak dapat dielakkan, maka ia terpaksa berlangsung pada tarikh baharu iaiutu 15 hungga 18 Disember. Objektif penganjuran SUKSAR III 2023 iailah sebagai medan mencari atlet berbakat untuk membentuk skuad pelapis SUKMA. Selain berperanan membantu persatuan yang kurang aktif dalam penganjuran pertandingan. "Pada dasarnya penganjuran SUKSAR III 2023 ini adalah untuk memperkenalkan sukan teras ke setiap zon selain menyediakan program pendedahan kepada atlet pelapis SUKMA", jelasnya. Karim mengakui penganjuran SUKSAR III 2023 secara tidak langsung menjadi medan penyediaan barisan pegawai teknikal bagi acara sukan terpilih. Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan USahawan Sarawak Korshidi FRedrick dan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) Awang Putrayusrie Awang Redzuan turut hadir. Source of News: Suara Sarawak |