KEKAL CEMERLANG... Muhamad Luqman Daniel Mohamad Roji (tengah) cemerlang dengan pingat emas keduanya.

 

PELUMBA Zon Selatan (Kuching, Samarahan & Serian) terus menguasai acara basikal temasya Sukan Sarawak (SUKSAR) II Miri 2019  dengan meraih pingat emas menerusi acara pecut satu kilometre semalam.

Pingat emas ketiga kontinjen Zon Selatan dimenangi Muhamad Luqman Daniel Mohamad Roji dengan catatan masa 1 minit 14 saat.

Manakala, pingat perak dimenangi pelumba Zon Barat (Sarikei, Betong & Sri Aman) Mark Wong Wizhe dengan catatan masa 1 minit 18 saat.

Pingat gangsa pula milik pelumba kontinjen Zon Tengah (Sibu, Mukah & Kapit) iaitu Lawrence Hii Jin Loong yang mencatat masa 1 minit 20 saat.

“Cukup berpuas dengan pencapaian dalam acara ini. Ini merupakan pingat emas kedua saya selain satu lagi pingat perak,” ujar beliau ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah.

Apa pun tegasnya, kejayaan dicipta pada temasya kali ini menjadi pencetus semangat buat dirinya untuk terus berusaha bagi mewakili Sarawak pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XX 2020 yang akan  berlangsung di Johor Baharu.

Sumber: Utusan Sarawak  Oleh: Faizal Bujang & Awang Kushairy