Atlet SUKSAR II perlu bersaing dengan atlet SUKMA ke Johor
Mohamad Norhadie Sahari
MIRI: Atlet yang menunjukkan aksi cemerlang dalam Sukan Sarawak (SUKSAR) II berpeluang mewakili Sarawak pada Sukan Malaysia (Sukma) Johor tetapi perlu bersaing tempat dengan atlet yang telah dipilih.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata sejumlah 24 rekod baharu dicipta pada SUKSAR II oleh atlet pada kejohanan kali ini
"Saya telah memberitahu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) supaya atlet yang telah menang memecah rekod ini kalau dapat diserap masuk ke dalam Kem Sukma Sarawak tetapi mereka mesti bersaing dengan atlet-atlet yang dipilih, " katanya ketika ditanya peluang atlet SUKSAR II  mewakili Sukma Johor.
Karim berkata pecah rekod SUKSAR bukan jaminan atau tiket automatik atlet ke Kem Sukma kerana mereka perlu mencapai satu tahap tinggi setanding Sukma.
"Jika pada SUKSAR mereka memecahkan rekod tetapi kalau rekod atau masa mereka itu tidak sesuai, maka yang atlet terbaik akan dipilih, " jelasnya. 
Karim memberitahu Sarawak akan mengumumkan sasaran pingat emas bagi SUKMA Johor sebelum Jun depan.
Sementara itu, sebanyak 24 rekod baharu juga berjaya dihasilkan dari 16 acara dipertandingkan selama lima hari bermula 9 Disember melibatkan 1500 atlet dan pegawai.
Atlet memanah dari Zon Utara, Cecil Nathaniel dipilih sebagai Atlet Lelaki Harapan Terbaik  dengan memperolehi empat emas untuk Recurve (Pusingan Kelayakan) Olympic (Pusingan) Recurve (Pasukan Campuran) dan Recurve (Pasukan Lelaki).
Sementara atlet renang Kelly Teo Yao (Zon Selatan) yang memenangi lima pingat emas termasuk dua rekod baharu serta satu gangsa, dipilih sebagai Atlet Wanita Harapan Terbaik.
Kelly mendapat emas untuk acara 200 meter (pecah rekod dengan catatan masa 2.35.44 saat ,  200 meter gaya bebas, 50 meter kuak lentang, 100 meter kuak lentang (pecah rekod dengan catatan masa 1.10.88 saat), 100 meter gaya bebas serta 50 meter gaya bebas (gangsa).ends.
PALING CEMERLANG: Cecil Nathaniel (tengah) merakamkan detik istemewa bersama pengurus pasukan memanah selepas ditabalkan sebagai Atlet Harapan Lelaki Terbaik pada SUKSAR II hari ini.

Sumber : Utusan Borneo  Oleh : Mohamad Norhadie Sahari